Anak Angkat : Adakah Mewarisi Harta Pusaka ?

Maksud Anak Angkat

Anak angkat bermaksud anak orang lain yang dijaga dan dipelihara seperti anak sendiri. Anak angkat kebiasaannya diambil oleh pasangan yang tidak mempunyai anak bagi memenuhi dan menambah kebahagiaan didalam sesebuah kekeluargaan. Ibubapa angkat menjaga anak angkat sejak dari kecil hingga dewasa seperti anak kandung sendiri dengan penuh kasih sayang tanpa berbelah bagi. Begitu juga dengan anak angkat akan sentiasa berbakti dan mengasihi ibu bapa angkat hingga ke akhir hayat mereka.

Namun begitu, anak angkat dan ibubapa angkat masih tetap tiada hubungan pertalian darah antara satu sama lain dan tidak boleh dinasabkan (bin/binti) kepada bapa angkat. Maka disebabkan perkara tersebut, anak angkat adalah tidak berhak atau tidak boleh mewarisi harta pusaka ibubapa angkat. Bagi sesetengah kes terdahulu walaupun ada anak angkat yang di bin/binti dengan bapa angkatnya didalam sijil lahirnya, harta pusaka tetap tidak boleh mewarisi. Ibubapa angkat seharusnya menerangkan mengenai status perkara tersebut kepada anak angkatnya bagi mengelakkan kekeliruan serta permasalahan di masa akan datang.

Walaupun anak angkat tidak berhak mewarisi harta pusaka, bukanlah ini bermakna ibubapa angkat langsung tidak boleh memberikan sebarang harta milik mereka. Ibubapa angkat yang sangat menyayangi anak angkat yang dipelihara mereka sejak dari kecil sepert anak kandung sendiri pasti tidak akan membiarkan nasib mereka begitu sahaja jikalau mereka pergi terlebih dahulu.

Cara Memberikan Harta Kepada Anak Angkat

Secara ringkasnya, terdapat beberapa cara untuk ibubapa angkat memberikan harta milik mereka kepada anak angkat, antaranya ialah melalui hibah. Hibah atau hadiah boleh diberikan oleh ibubapa angkat kepada anak angkat semasa mereka masih hidup. Waris – waris lain tidak boleh menyangkal pemberian tersebut kerana anak angkat telah menerima pemberian daripada ibubapa angkat semasa hayat mereka terlebih dahulu. Langkah atau inisiatif lain yang boleh diambil ibubapa angkat ialah melalui wasiat. Pemberian harta melalui wasiat kepada anak angkat adalah dilaksanakan selepas mati, dan maksimum yang dibenarkan ialah 1/3 bahagian daripada harta pusaka ibu bapa angkat.

Ibubapa angkat yang prihatin dan mengasihani anak angkat mereka pasti akan mengambil langkah awal supaya dapat menerima sebahagian daripada harta mereka. Namun begitu, masih terdapat sebahagian masyarakat masih memegang fahaman bahawa anak angkat langsung tidak layak dan tidak berhak, maka mereka langsung membiarkan anak angkat daripada menerima apa – apa bahagian daripada ibu bapa angkat. Jika ibubapa angkat tidak memberikan sebarang sebahagian harta mereka semasa hidup samada melalui hibah ataupun wasiat, maka ianya bergantung kepada belas ihsan waris – waris sendiri samada ingin memberikan atau tidak bahagian harta pusaka yang mereka perolehi kepada anak angkat.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin temu janji Ahad - Khamis : 9.00 a.m. - 5.00 p.m. Jumaat : 9.00 a.m. - 12.00 p.m. Sabtu :Tutup
[contact-form-7 id="5208"]