Institusi – Institusi yang mengendalikan urusan pembahagian harta pusaka

Terdapat 4 institusi utama di Malaysia yang telah ditetapkan bidang kuasa masing – masing dalam mengendalikan urusan pembahagian harta pusaka iaitu :

1. Mahkamah Tinggi (Sivil)

  • Mengeluarkan surat kuasa mentadbir (harta tak berwasiat) harta si mati sama ada harta tak alih atau serta harta alih yang nilainya melebihi > RM2 juta atau harta alih sahaja yang nilaiannya melebihi > RM 600k

  • Mengendalikan harta berwasiat (Probet) walaupun nilaian harta alih dan harta tak alih kurang daripada < RM2 juta.

  • Mahkamah Tinggi juga mengendalikan kes-kes rayuan di bawah seksyen 29 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955. Undang–undang yang dipakai ialah Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97].

2. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) – Unit Pembahagian Pusaka

  • Mengendalikan harta tak alih sahaja atau dan harta tak alih serta harta alih milik simati yang nialaiannya bersamaan atau kurang < RM 2 Juta

  • Harta yang tidak berwasiat mengikut akta wasiat 1959 < RM 2 juta adalah dikendalikan di bawah unit ini.

  • Undang – undang yang berkuatkuasa ialah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 Akta 98

3. Amanah Raya Berhad

  • Mengendalikan harta tak alih milik si mati sahaja yang nilaiannya bersamaan atau tidak melebihi < RM600k

  • Undang – undang yang berkaitan adalah berpandukan kepada Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad (Akta 532)

4. Mahkamah Syariah

  • Mengendalikan kes pemohon beragama Islam bagi penentuan waris dan bahagian setiap waris dan akan dikeluarkan ‘Sijil Faraid’

  • Pengeluaran sijil faraid adalah berdasarkan kepada Akta Pentadbiran Undang – undang Islam (Wilayah – wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) atau Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri – negeri

  • Perkara – perkara lain berkaitan harta pusaka yang juga dibawah bidang kuasa Mahkamah syariah ialah seperti wakaf, wasiat, hibah, sah taraf anak, perkahwinan, nasab dan harta sepencarian

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin temu janji Ahad - Khamis : 9.00 a.m. - 5.00 p.m. Jumaat : 9.00 a.m. - 12.00 p.m. Sabtu :Tutup
[contact-form-7 id="5208"]