Jenis – Jenis Harta Pusaka

Harta pusaka boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

1. Harta Pusaka Berwasiat

  • Wasiat bermaksud pengakuan yang dibuat oleh seseorang sewaktu hayatnya mengenai bagaimana harta miliknya akan dibahagikan antara waris-waris atau yang telah ditentukan atau bagi apa – apa tujuan dan manfaat selepas kematiannya mengikut undang – undang yang ditetapkan

  • Bagi orang Islam, tidak lebih daripada 1/3 daripada harta pusaka sahaja yang boleh si mati kehendaki diwasiatkan kepada pihak – pihak selain waris (bukan ahli keluarga). Sekiranya terdapat pihak yang mencabar kesahihan sesuatu wasiat, wasiat tersebut perlu disahkan oleh Mahkamah Syariah bagi memastikan ianya mengikut undang-undang pentadbiran agama Islam.

  • Bagi orang bukan Islam, walaupun kesemua harta diberikan kepada yang bukan warisnya, ianya adalah sah selagi syarat – syarat di dalamnya tidak bercanggah dengan Akta/Ordinan Wasiat dan kesahihan wasiatnya tidak dicabar oleh mana – mana waris si mati.

  • Surat kuasa mentadbir sesuatu wasiat atau di kenali sebagai Probet perlu dipohon di mahkamah bagi mentadbir harta pusaka simati yang berwasiat

2. Harta Pusaka Tidak Berwasiat

  • Harta pusaka tidak berwasiat ialah seseorang yang meninggalkan harta pusaka tanpa wasiat atau tidak membuat wasiat atau tidak sempat menyediakan wasiatnya

  • Apabila seseorang itu tidak mempunyai wasiat keatas harta miliknya, maka pembahagian harta pusakanya adalah bergantung pada nilaian dan bentuk harta (harta alih atau harta tak alih)

  • Harta pusaka tidak berwasiat boleh dikategorikan kepada beberapa bentuk iaitu Harta Pusaka Besar, Harta Pusaka Kecil dan Harta Pusaka Ringkas

Baca : Harta Pusaka Besar, Harta Pusaka Kecil, Harta Pusaka Ringkas

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin temu janji Ahad - Khamis : 9.00 a.m. - 5.00 p.m. Jumaat : 9.00 a.m. - 12.00 p.m. Sabtu :Tutup
[contact-form-7 id="5208"]