Perkhidmatan

Pengurusan Harta Pusaka

Proses harta pusaka yang rumit? Kami tahu cara mengendalikannya.
Segera dan Lengkap.

Surat Kuasa Mentadbir

Apakah itu Surat Kuasa Mentadbir?

Surat Kuasa Mentadbir diperlukan oleh seseorang waris pada situasi simati tidak meninggalkan wasiat bagi membolehkannya mentadbir harta simati menurut undang undang.

Kami boleh membantu anda mencari, mengumpul, menyusun serta memproses segala maklumat yang diperlukan bagi mendapatkan surat kuasa mentadbir samada daripada Mahkamah, Pejabat Tanah ataupun Amanah Raya dengan segera.

Carian dan semakan semula surat kuasa mentadbir, membuat pertukaran pentadbir bagi menggantikan yang telah meninggal dunia, kes lama tertangguh atau lain-lain urusan yang berkaitan surat kuasa mentadbir juga kami boleh selesaikan.

Pindahan Harta

Skop Pindahan Harta :

  • Mendapatkan Perintah Faraid (bagi beragama Islam)
  • Penyediaan Wasiat
  • Penyediaan Surat Ikatan Amanah (Pemegang Amanah)
  • Pindahan / hadiah (hibah) harta kepada waris atau masih tertangguh (daripada simati)
  • Penyediaan surat perjanjian bagi urusan jual - beli harta
  • Penjualan harta simati

Geran Probet

Apakah itu Geran Probet?

Geran Probet dikeluarkan kepada seseorang waris yang dinamakan di dalam wasiat simati. Pentadbir boleh mentadbir harta simati menurut undang – undang setelah memperoleh geran probet.

Kami boleh membantu anda mencari, mengumpul, menyusun serta memproses segala maklumat yang diperlukan bagi mendapatkan geran probet dengan Mahkamah segera

Geran probet lama tertangguh, pengesahan wasiat, semakan semula wasiat simati, pertikaian mengenai wasiat antara waris – waris atau lain-lain urusan yang berkaitan geran probet juga kami boleh bantu uruskan.

Masalah Pusaka

Skop Masalah Pusaka :

  • Geran tanah masih lagi di bawah nama pemegang amanah atau sebagai pentadbir bertahun lamanya
  • Aset harta tunai seperti pampasan tanah masih belum dikeluarkan daripada Amanah Raya
  • Pertikaian antara waris-waris
  • Waris tidak mendapat hak sepatutnya atau tidak dinyatakan dalam perintah
  • Kekurangan atau kehilangan maklumat mengenai harta simati seperti kehilangan geran tanah, ketiadaan sijil simati
  • Aset harta yang dibeli belum di tukar / dipindah milik akibat kematian penjual
  • Tidak mengetahui atau pertikaian sempadan / bahagian tanah pusaka

Masalah Lain?

Masalah – masalah lain selain dinyatakan di atas?
Dapatkan khidmat nasihat untuk penjelasan lanjut